DASAR PRIVASI ROLEX
Dikemaskini setakat: Jun 2020
1. Pengenalan
Rolex Malaysia Sdn Bhd (dirujuk sebagai “kami” dalam Dasar Privasi ini) menghormati privasi anda dan adalah komited untuk melindungi data peribadi anda. Dasar Privasi ini menyatakan bagaimana kami mengumpul, mengguna, menzahirkan, menguruskan dan memproses data peribadi anda yang telah anda berikan kepada kami apabila anda menyerahkan borang pendaftaran untuk membuat temu janji dengan kami melalui portal temu janji tempahan dalam talian kami yang boleh didapati di https://rsc-book.online/ dan/atau apabila anda memberikan data peribadi kepada kami melalui Google Forms apabila anda sendiri datang ke pusat-pusat perkhidmatan kami di seluruh Malaysia.
Anda juga adalah dikehendaki untuk membuat perakuan mengenai kesihatan anda di https://rsc.center/sg untuk tujuan pengesanan kontak apabila anda sendiri mengunjungi pusat-pusat perkhidmatan kami semasa berlakunya wabak/pandemik penyakit Coronavirus 2019 (Covid-19). Maklumat sedemikian akan dikumpul dan dizahirkan hanya semata-mata untuk tujuan pengesanan kontak dalam tempoh wabak Covid-19 ini. Dengan mengisikan perakuan kesihatan ini, anda telah memberikan kebenaran secara nyata kepada pengumpulan, penggunaan dan penzahiran kami akan Data Peribadi Sensitif anda sebagaimana yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini.
Sila luangkan sedikit masa anda untuk membaca Dasar Privasi ini kerana dengan berbuat demikian,anda boleh membuat keputusan yang tepat sebelum memberikan sebarang data peribadi anda kepada kami. Bagi mengelakkan sebarang keraguan, kami tidak berhasrat untuk mengumpul data peribadi daripada individu-individu yang berumur di bawah 18 tahun.
Dengan melengkapkan dan menyerahkan borang pendaftaran ini kepada kami, anda menerima terma-terma Dasar Privasi kami, dan dengan itu telah bersetuju kepada pengumpulan, penggunaan dan penzahiran Data Peribadi anda sebagaimana yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini. Kami akan mengemaskinikan Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa. Anda bersetuju untuk terikat dengan terma-terma terpakai dalam Polisi Privasi ini sebagaimana yang akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa.
Sekiranya anda, pada bila-bila masa, mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Dasar Privasi ini atau apa-apa pertanyaan lain berkaitan dengan bagaimana kami mengurus, melindungi dan/atau memproses data peribadi anda, janganlah ragu-ragu untuk menghubungi Pegawai Perlindungan Data kami di maklumat hubungan yang disediakan di bawah.
Selain itu, laman web kami boleh, dari semasa ke semasa, mengandungi pautan-pautan ke dan dari laman-laman web peruncit, rakan kongsi, rakan sekutu rasmi kami atau pihak ketiga yang lain. Sekiranya anda mengikuti pautan ke mana-mana laman web ini, sila ambil perhatian bahawa laman-laman web ini mempunyai dasar privasi mereka sendiri. Oleh kerana laman-laman web ini tidak dimiliki atau dikendalikan oleh kami, kami tidak bertanggungjawab untuk kandungan laman-laman web ini dan dasar privasi mereka. Sila semak dasar-dasar tersebut sebelum anda memberikan sebarang data peribadi kepada mana-mana laman web tersebut.
2. Data peribadi yang kami mengumpul
Apabila anda membuat temu janji dengan kami melalui portal temu janji tempahan dalam talian kami, data peribadi berikut mungkin akan dikumpul daripada anda:
- nama Pertama dan Terakhir anda;
- tanda hormat;
- nombor telefon;
- bahasa keutamaan;
- alamat emel;
- nombor KP / nombor pasport / nombor kad pengenalan;
- alamat kediaman;
- butir-butir mengenai lawatan anda ke laman web kami, aktiviti yang anda lakukan semasa mengakses laman web kami dan sumber-sumber yang telah anda akses pada atau melalui laman web kami.
3. Kuki
Kukiadalah fail kecil huruf dan nombor yang disimpan dalam pemacu keras pada peranti anda. Kuki adalah digunakan untuk membezakan anda dengan pengguna-pengguna yang lain pada laman web kami. Ini akan dapat membantu kami untuk memahami bagaimana anda menggunakan laman web kami.
Bagi laman web kami, anda boleh menetapkan penyemak imbas anda untuk menolak semua atau mana-mana kuki penyemak imbas, atau untuk memberitahu anda apabila laman web menetapkan atau mengakses kuki. Sekiranya anda menyekat atau memadam kesemua kuki daripada laman web anda, laman web tersebut masih tetap berfungsi.
Kuki pihak pertama akan ditetapkan oleh rolex.com, bertujuan untuk memudahkan proses navigasi anda dan mengingati tetapan anda. Anda akan dapati di bawah ini senarai kuki pihak pertama yang digunakan pada https://rsc-book.online/.
- Nama kuki / CSRF-TOKEN
Jangka masa / Sesi
Perihalan / Kuki teknikal yang akan menghalang serangan Cross-Site-Request-Forgery. - Nama kuki / JSESSIONID
Jangka masa / Sesi
Perihalan / Kuki teknikal untuk menyimpan sesi pengguna.
Kami menggunakan penyelesaian prestasi & pengesanan untuk selanjutnya menambah baik laman web kami bagi membolehkan kami untuk sentiasa memberikan kepada anda pengalaman dalam talian paling terbaik yang disesuaikan dengan keperluan anda.
4. Bagaimana kami menggunakan data peribadi anda
Kami boleh menggunakan data peribadi anda yang kami perolehi untuk tujuan-tujuan berikut:
- Untuk memproses permintaan bagi menyediakan perkhidmatan berkaitan jam tangan anda, menyediakan sebut harga perkhidmatan;
- Menyediakan sebut harga perkhidmatan;
- Menghantar sebut harga perkhidmatan melalui emel, panggilan telefon, mel terus;
- Untuk membantu anda dengan pertanyaan anda mengenai produk atau perkhidmatan kami;
- Mendaftar waranti bagi perkhidmatan kami;
- Menyediakan invois bayaran;
- Untuk menyimpan, menjadi hos dan/atau membuat sandaran (sama ada bagi pemulihan bencana atau sebaliknya) bagi data peribadi anda, sama ada dalam negara atau di luar Malaysia;
- Untuk tujuan penyimpanan rekod;
- Untuk menentusahkan, memudahkan dan/atau memproses urus niaga anda dengan kami;
- Untuk menyediakan perkhidmatan daripada kami dan perkara-perkara sampingan kepadanya;
- Untuk memberi maklum balas kepada proses undang-undang, meneruskan dengan hak dan remedi dari segi undang-undang, membelakan litigasi dan mengurus sebarang aduan atau tuntutan;
- Untuk memberi maklum balas kepada sebarang permintaan bagi maklumat daripada pihak berkuasa awam dan kerajaan / berperaturan, lembaga berkanun, syarikat berkaitan dan untuk tujuan audit, pematuhan, siasatan dan pemeriksaan;
- Untuk mematuhi dengan sebarang undang-undang yang terpakai, peraturan, proses undang-undang atau permintaan kerajaan.
Data peribadi anda akan disimpan selama jangka waktu tidak lebih daripada tujuh (7) tahun bagi memenuhi tujuan untuk yang mana data peribadi ini dikumpul.
5. Penzahiran maklumat anda
Data peribadi anda boleh digunakan, dizahirkan, disenggarakan, diakses, diproses dan/atau dipindah kepada pihak ketiga yang berikut, sama ada pihak ketiga tersebut bertapak di Malaysia atau di luar Malaysia, untuk satu atau lebih tujuan yang telah dinyatakan di atas:
- ibu pejabat, anak-anak syarikat dan kumpulan syarikat kami;
- penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang perlu memproses data anda, sebagai contoh, penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang telah diguna khidmat oleh Syarikat kami untuk: (i) menyediakan dan menyelenggara sebarang peralatan teknologi maklumat (“IT”) yang digunakan untuk menyimpan dan mengakses maklumat peribadi anda; (ii) untuk menjadi hos dan menyelenggara Laman Web kami; atau (iii) sebaliknya berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan tertentu yang disediakan untuk anda pada atau melalui Laman Web kami;
- juruaudit dan penasihat undang-undang kami;
- pihak berkuasa awam dan kerajaan/berperaturan, lembaga berkanun, persatuan industri; dan/atau
- mahkamah dan lain-lain forum pertikaian alternatif.
6. Pemindahan data peribadi anda di luar Malaysia
Data peribadi yang kami mengumpul daripada anda mungkin akan dipindah ke, diguna, diproses dan disimpan di luar Malaysia (termasuk Singapura, Vietnam dan Thailand untuk satu atau lebih tujuan yang dinyatakan di atas. Dengan menyerahkan data peribadi anda kepada kami, anda telah bersetuju dan telah memberi kebenaran kepada pemindahan, penyimpanan atau pemprosesan sedemikian.
Kami telah memasuki aku janji kontraktual bagi memastikan agar data peribadi yang telah kami mengumpul daripada anda dan memindah kepada penyedia perkhidmatan kami (sama ada terletak atau tidak di Malaysia) dilindungi dengan secukupnya.
Kami akan mengambil langkah-langkah yang munasabah bagi mengekalkan keselamatan secara fizikal, teknikal dan dari segi pentadbiran bagi membantu mencegah kehilangan, penyalahgunaan, akses tanpa kebenaran, penzahiran atau pengubahsuaian maklumat peribadi anda.
7. Mengemas kini maklumat anda
Apabila anda menyerahkan data peribadi anda kepada kami, anda hendaklah memastikan agar data peribadi tersebut adalah tepat, dan memaklumkan kepada kami sekiranya terdapat perubahan dalam data peribadi tersebut bagi memastikan agar kami tidak menyimpan sebarang data peribadi yang tidak tepat mengenai anda.
8. Hak-hak anda
Anda boleh menarik balik persetujuan anda untuk kami mengumpulkan, menggunakan, menzahirkan dan/atau memproses data peribadi anda untuk beberapa atau semua tujuan yang disenaraikan dalam Dasar Privasi ini pada bila-bila masa dengan menulis kepada Pegawai Perlindungan Data kami, butir-butir hubungan yang mana adalah disediakan di bawah.
Anda juga boleh meminta untuk mengakses; membetul; mengehadkan penggunaan dan/atau memadam atau memusnahkan data peribadi yang pada masa ini adalah dalam pemilikan kami pada bila-bila masa dengan menulis kepada Pegawai Perlindungan Data kami.
9. Perubahan kepada Dasar Privasi ini
Kami berhak untuk meminda terma-terma Dasar Privasi ini mengikut budi bicara mutlak kami. Sebarang dasar privasi yang terpinda akan dipaparkan di Laman Web kami. Anda diharapkan untuk memeriksa halaman ini dari semasa ke semasa untuk mengambil tahu mengenai sebarang perubahan yang telah kami buat kerana perubahan ini akan mengikat anda. Penggunaan berterusan anda akan laman web kami dan/atau perkhidmatan yang kami sediakan pada atau melalui laman web kami susulan daripada mana-mana pindaan berhubung dengan Dasar Privasi ini akan menandakan persetujuan anda kepada dan penerimaan anda akan terma-terma yang disemak.
10. Pegawai (Pegawai-pegawai) Perlindungan Data Kami
Sekiranya anda ingin menghubungi kami bagi mengemukakan pertanyaan atau pertimbangan tertentu berkaitan dengan Dasar Privasi ini, atau sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan mengenai bagaimana data peribadi anda dikumpulkan, digunakan, dizahirkan dan/atau diproses oleh kami, sila hubungi Pegawai Perlindungan Data kami di terence.puah@rolex.com